SEJARAH

SEJARAH

Sk Kampong Jawa mempunyai 2 buah kelas prasekolah iaitu Prasekolah Al- Falah dan Prasekolah Bestari. Prasekolah Al- Falah telah dibuka pada 2003 di bawah program Peluasan Pendidikan Prasekolah Negeri Johor. Kelas Prasekolah Al-Falah merupakan sebuah bilik darjah biasa yang telah diubahsuai bersama menjadi bilik yang sesuai dengan Prasekolah. Prasekolah Al- Falah terletak bersebelahan bilik Kemahiran Hidup. Puan Khairun Nisa bt Supian merupakan Guru Prasekolah Al- Falah dan Puan Azimah bt Ishak sebagai Pembantu Pengurusan Murid.

Prasekolah Bestari dibuka pada 2008 di bawah Program Peluasan Pendidikan Prasekolah Negeri Johor Tahun 2008. Kelas Prasekolah Bestari mempunyai bangunan prasekolah sendiri dan terletak di  bahagian belakang Sk Kg Jawa. Puan Norhazila bt Asri merupakan guru Prasekolah Bestari dan Puan Julit bt Nahar sebagai Pembantu Pengurusan Murid

No comments:

Post a Comment